Saturday, December 6, 2008
Kawan
Hidup ini tidak akan ceria,indah sekiranya kita keseorangan.Dengan kawan atau orang disekeliling ianya memainkan peranan yang penting dalam mewarnai hidup ini.Ramai orang banyak ragamnya,tetapi itu akan melakarkan garis-garis kehidupan dari segi pengalaman,kematangan dalam meneruskan hidup ini.Yang baik dijadikan teladan dan sebaliknya dijadikan sempadan.Sebagai pelajar kawan-kawan adalah segala-galanya dan kadang-kadang ia melebihi keluarganya sendiri.Kawan ini tidak bermaksud sama dari segi umur,citarasa dan sebagainya.Dan sebagai seorang kawan kita haruslah mengingati dan menghargai kawan kerana kenangan yang diperolehi daripada seorang kawan adalah berbeza daripada seorang kawan yang lain dan kadang-kadang dengan seorang kawan juga akan membuat kita lebih berhati-hati dalam memilih kawan.Walau apa pun yang berlaku,jadi lah seorang kawan yang sejati dan ingat kadang-kadang kawan itu adalah lawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment